Buat Calon Imamku ♥

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Duhai calon pemilik tulang rusukku
Aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam solatku
Aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.
Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh..
Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku
Sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita
Aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..
Ketika diri ini tiba-tiba merindukanmu wahai calon imamku




I do not own anything.,
This belong to rightful owner.
WallahuAllam..




Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

♥ Muslimah Sejati ♥

"Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak,, Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.

SUBHANALLAH ♥


=)




Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Susah ke..?

Assalamualaikum. Semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat dipayungi Rahmat ALLAH S.W.T. Lama dah saya tak update blog. heee~. Tadi, saya keluar pergi bandar dengan Family saya, sebab ada hal sikit, After selesaikan urusan 2 kami sekeluarga decide nak pergi makan-makan,, so, kami pun tibalah kat restoran 2..., order, then makan..,tiba-tiba kan ada la seorang Pak Cik tua ni datang mintak sedekah.., seriously, kesian sangat tengok pak cik 2 tanpa sebelah kaki. Pak cik pergi ke meja ke meja.., kalaulah masa 2 saya dah kerja saya tak kisah nak bagi.., tpi belom masanyaka.., tibalah pak cik ni dekat meja yang dipenuhi anak remaja lelaki. Kumpulan remaja lelaki 2 boleh ejek2 pak cik 2. Susah ke diaorang nak hormat pak cik 2, tak pernah terpikir ke kalau suatu hari nanti ahli keluarga mereka jadi mcam 2 suatu hari nanti. Kesian pak cik 2.., Semoga Pak cik 2 tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan dunia ini. Insyaallah, Allah SWT akan selalu melindungi Pak cik 2... semoga lepas ni pak cik akan dapat kebahgiaan .. Amin. Kepada Remaja2 tersebut, semoga Allah memberi taufik dan hidayah agar mereka belajar menghormati orang yang kurang Berkemampuan. Amin,, ok lah sahabat yang dikasihi sekalian.., setakat ni dulu coretan saya pada kali ini.. insyaallah bertemu lagi di lain coretan. Wallahu Allam.
Assalamualaikum =)



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Buat Muslimah.. Hafal & Sebarkan.

Doa Khusus Untuk Muslimah.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Ukhtiku sekalian.., doa ni disertai dengan langkah kita dengan MENUTUP AURAT.
Bersesuaian Dengan Hadis supaya Muslimah Menutup Aurat.
        Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]
 "Wanita Hiasan Dunia.., seindah hiasan adalah wanita solehah. Jangan lupa tutup aurat =) "

Doa itu baca ye ukhtiku sekalian.
BACA DAN HAFAL SERTA SEBARKAN YE. :)




Wallahualam. Assalamualaikum.

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com