Sunnah Yang Ditinggalkan...

Assalamualakum. Semoga sahabat sentiasa dalam lindungan Allah swt :) Entry kali ni nak berkongsi  apa yang saya baca dalam Majalah Al Islam yang saya berguna untuk dikongsikan bersama.

Dunia kini , nyawa terancam. Kalau zaman sebelum kemerdekaan dlu, nyaq terancam disebabkan oleh ancaman komunis dan penjajah, nenek moyang kita bertarung nyawa untuk mempertahankan tanah air.
Tapi sekarang , ketara perbezaannya, kenapa? sebab sekarang nyawa terancam disebabkan banyak berlakunya kes- kes jenayah, tembak- menembak sekarang seolah-olah sudah menjadi kebiasaan, hari-hari di corong2 radio, di televisyen didada-dada akhbar akan memparkan kes jenayah. Allahu Akbar. Di Malaysia pun keadaan sebegini tidak dapat dielakkan lagi. Jenayah tidak mengenal keluarga, sahabat dan masyarakat. Kadangkala orang- orang awam yang tak bersalah menjadi mangsa "peluru- peluru sesat" tidak kira di mana berada, di kedai kopi, pasaraya, taman permainan dan sebagainya, nyawa seolah-olah begitu murah . Allahu Akbar.
Jika dibandingkan dengan saudara mara kita di Palestine, syria mereka bertarung nyawa akibat penindasan, kita di sini pula dengan kes-kes jenayah banyak bezanya tu.
Menurut Yuseri Ahmad, Pensyarah Kanan Program Pengajian Akidah dan Agama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , melihat senario kejadian sebegini, belaiu mensarankan agar masyarakat melihat kembali konsep hidup bertuhan dalam setiap aspek kehidupan. Maksudnya , renungkan kembali nilai- nilai islam yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian kita serta mengamalkannya , hal ini kerana jika kita meninggalkan tidak mustahil kita boleh lupa amalan- amalan tersebut. Contoh terdekat, jika sudah lama tidak membaca Al-Quran, lama kelamaan akan tergagap dan bacaan sudah tidak lagi lancar kerana sudah lama tinggal. Konsep sama juga dalam amalan harian menurut islam.
Amalan yang paling mudah boleh di lakukan ialah,

1.Keluar rumah dimulai dengan kaki kanan.

                                                   


2. Membaca doa keluar rumah.


                                         

3. Membaca 3 Kul 




Terjemahan :

BismillahirRahmanirRahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Al-Ikhlas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Al-Falaq

[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

An-Nas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


4. Membaca Ayat Kursi.



Antara kelebihan Ayat Kursi adalah : 



  1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan paramalaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segalakefakiran didepan matanya.
  8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.


5. Bismillahilazi



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati. 

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Selain daripada amalan surah dan zikir di atas ada terdapat juga surah yg lain yang boleh diamalkan dan istiqamah dengan apa yang dibaca, antaranya  
       

Surah al-FatihahUmmul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.

Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.

Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari  Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

Semoga dengan surah2 dan doa2 tersebut  , Allah sentiasa akan melindungi kita  di mana jua kita berada sesuai dengan firmanNYA :

Maka Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang. (QS. YUSUF:64).

Semoga kita bersama-sama mengimarahkan lagi amalan dan sunnah Rasulullah s.a.w

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

Wallahu Allam.
Jaga diri, Jaga Hati, Jaga Iman


#Salam Imtihan mereka-mereka  kepada yang bakal menduduki Final exam yang akan bermula beberapa hari lagi :)  Man Jadda Wa Jada. May Allah Bless us


Credit :  
Majalah Al Islam  : Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
http://www.darussyifa.org.



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Tabarruj.

Assslamualaikum. Alhamdulillah semoga sahabat2 dalam lindungan Allah SWT selalu. :) Dah lama rasanya tak update blog. Alhamdulillah hari ni , hati ni terpanggil  mahu bersama2 berkongsi tentang Apa yang dikatakan dengan Tabarruj.
Firstly , dengar je perkataan ni apa yang kita faham. Dulu mula2 dengar perkataan ni, sy pun tak berapa tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan ini. Alhamdulillah Allah Tunjukkan jalan . Ilmu kene cari ye tak? Kita yang kena cari Guru , bukan guru yang cari kita kalau nak menuntut ilmu. Itu yang Mak sy selalu pesan. 
Berbalik Pada Tajuk kita.. 
Tabaruj Menurut
1.  Az-Zajjaj Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sirri2 rahimahullahu berkata:
Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan segala yang dapat mengundang syahwat laki-laki.”
2Al-Imam Majdudin Abus Sa’adat Al-Mubarak bin Muhammad Al-Jazari atau yang lebih dikenal dengan Ibnul Atsir rahimahullahu menjelaskan makna tabarruj dari hadits:

“Nabiyullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci sepuluh perangai (perbuatan)… (kemudian disebutkan satu persatunya, di antaranya adalah:) tabarruj dengan perhiasan tidak pada tempatnya.” 
(HR. Abu Dawud no. 4222. Namun hadits ini mungkar3 kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Dha’if Sunan Abi Dawud)

Ibnul Atsir rahimahullahu berkata:Tabarruj adalah menampakkan perhiasan kepada laki-laki yang bukan mahram (ajnabi). Perbuatan seperti ini jelas tercela. Adapun menampakkan perhiasan kepada suami, tidaklah tercela. Inilah makna dari lafaz hadits, ‘(menampakkan perhiasan) tidak pada tempatnya’.”
 (An-Nihayah fi Gharibil Hadits)

Menurut syariah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan muhrim. Seperti yang disinyalir ayat,

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” 
(Al-Ahzab: 33)

Semoga sebahagian keterangan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan Maksud tabaruj. 
Tabaruj , Berlebih-lebihan dalah berpakaian ataupun bersolek yang boleh menjadi perhatian orang lain, terutamanya lelaki ajnabi . Haa bahaya kan kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat 2 berdosa.  Ramai yang anggap dosa Tabaruj ini biasa. Tapi berdosa tetap berdosa kan? Kalau hari2 buat dosa yang sama , tak jadi banyak dosa tu. Astghfirullahalazim. Sama2 lah kita saling mengingati. Okay, contoh situasi yang boleh dianggap tabaruj 
Pertama : Pakai Tudung fesyen terkini, contohnya shawl , tudung syria dengan sanggul yang tinggi, warna2 striking & tidak menutup sepertimana yang di syariatkan dalah hadis dan  boleh menarik perhatian orang lain terutama lelaki ajnabi.
 "Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anakmu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(Q.S. Al-Ahzab: 59)

Kedua :  Pakai rantai kaki ataupun rantai tangan , bila mana kita berjalan kedengaran bunyi yang boleh menarik perhatian.
Ketiga : Baju , gaun, baju kurung, Jubah, atau pakaian lain yang jarang ataupun terlalu ketat.
Sabda Rasulullah s.a.w.  "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" 
Ingatan Rasullullah s.a.w : 
Ada dua golongan dari penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat, pertama: satu kaum yang memiliki cemeti-cemeti seperti ekor sapi yang dengannya mereka memukul manusia. Kedua: para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan orang dari kebenaran. Kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang miring/condong. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium wanginya surga padahal wanginya surga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu.” (HR. Muslim no. 5547)
Kata Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullahu:
Allahu Akbar. Marilah sama2 kita fahami maksud sebenar Menutup Aurat Dengan Sempurna dan beramal dengannya.  Pesanan Allah telah jelas. Islam itu indah dan terlalu sempurna. Apa yang digariskan untuk menjaga kita semua muslimah islam . Indahnya Islam :) 
Akhir kata, marilah kita bersama2 saling ingat memperingati antara satu sama lain. Sama2 kita belajar & sama2 kita amalkan. Yang tak tahu cari sama2. Semoga lepas ni kita lebih mengambil berat soal tabaruj. Ya , yang pendek, labuhkan, yang ketat, longgarkan, yang jarang kita2 sama beli kain baru yang tebal dan lastly , pakai tudung jangan sanggul tinggi dah lepas ni InshaAllah. Semoga Lagi comel lepas ni hehe.  
Wallahu Allam. Semoga berkongsian ini dapat menjadikan diri sy dan sahabat2  lebih baik. Mari kita sama2 pertingkatkan iman, kerana diri ku juga masih banyak kelemahan dan bertatih memperbaiki diri dan iman. 

Assalamualaikum. Jaga diri, Jaga hati, Jaga Iman :) May Allah Bless Us

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Salam Imtihan :)

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat tercinta sekalian, semoga dalam lindungan Allah swt selalu. Rasanya sejak di semester 2 ni ini lah kali pertama saya menjengah blog ni. Maaf ye sahabat sekali, saya sedikit sibuk sejak akhir2 ini tapi Alhamdulillah masih dalam kawalan. Alhamdulillah, InsyaAllah . cuti semester nanti kita berblog puas2. hehe inshaAllah.
               Sudah masuk bulan Jun ni, ramai sahabat2 sy yg sibuk untuk menghadapi Final examination, dan ada yg dah mula dan tamat. Selamat berjuang ye sahabat2, bg diri sy minggu hadapan adalah minggu paling sibuk, sebab minggu terakhir yg sibuk dengan quiz dan test sebelum berlangsungnya Final pada 27 Jun 2013 InsyaAllah. Semoga dalam minggu terakhir ini kita tidaklah terlalu stress, insya Allah dengan sedikt ilmu yg sy tahu pinjaman dr Allah ini marilah kita sama2 membaca2 tips2 saat akhir dalam menempuh peperiksaan.
Firstly, bagi saya, untuk study last minute ni, kita kena banyak buat soalan exam tahun2 lepas . Sambil kita buat soalan tu dalam masa yang sama kita pun membaca . Baca nota pun boleh jugak, tapi nota2 ringkas yg kita buat sendiri la. Kalau nak baca buku yang tebal 2 utk last minute 2. Wallhualam la. ;)
    Penguurusan masa yg bijak juga sgt penting, kita tak boleh la fokus pada satu2 subjek je. Kita kena bijak membahagikan masa utk belajar dengan seimbang, kalau rasa kurang kefahaman, boleh tanya kawan2 yg tahu ataupun yg terbaik rujuk pada pensyarah itu terus.
    Cara lain , kurang kan tidur, apa kata berkorban skit boleh kan? hehe bukan tak tidur langsung, rehat 2 perlu tapi jangan berlebihan kebanyakan kita lebih layan masa tidur daripada belajarkan, tapi ingat jangan sampai masa rehat kita terabai nanti akan menggangu pula kita semasa menjawab peperiksaan.
        Saya rasa setakat ni je perkara yg selalu buat ketika menjelang peperiksaan. Kalau nak yg lebih lanjut 2 boleh rujuk kat pakar2 motivasi ataupun para kaunseling , mereka lebih arif mengenai bab2 ini :)

Sekian, selamat menghadapi peperiksaan akhir buat sahabat2 , Ingat tinggi mana pun kita ini semua pinjaman dari Allah swt, jangan sesekali kita riak sebab bila2 pun Allah boleh tarik semua ni dari kita. Wallahu Allam. Jga Iman , Jaga solat , Jaga Diri. Selamat Berjuang. Study Kerana Allah, bukan kerana Exam.

:UiTM di Hatiku

 Man Jadda Wa Jadda




Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Sedalam Manakah Cinta Kita Kepada Rasulullah S.A.W ?

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Owner : Raihan- Ya Rasulullah


Jika diamati bait-bait lagu di atas.. sedih menyelubungi diri.. Sejauh manakah rindu kita terhadap Rasulullah s.a.w? Sedalam kah rindu Rasulullah kepada kita? Umat Akhir Zaman. Ya , Kita umat Akhir Zaman. Marilah kita mengamati kisah Rasulullah s.a.w yang amat merindui kita :

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Allahu akbar. Lihatlah sahabatku sekalian.., Rindunya Rasulullah s.a.w kepada kita, tapi sedarkah saudara saudari sekalian.. layakkah kita dirindui baginda? Seorang Rasulullah , insan mulia. Kita? siapa kita? hamba yang lemah, selalu berbuat dosa, maksiat Allahu akbar. Hinanya kita. Insaf kejap. buat balik dosa yang sama. Allahu akbar. layakkah kita dirindui baginda? Layakkah saudara, saudari sekalian. Sama2 lah kita renungkan. 
Sehingga di akhir kewafatan baginda.. Baginda masih lagi megenangkan umat Nya.. Allah..




Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. 
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
                       _________________________________________________________________

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?  Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Allahu Akbar, saudara saudari sahabat sekalian . Jika kita renung sejenak, sedalam manakah Cinta kepada Rasullullah? Layakkah kita dirindui Rasulullah s.a.w insan mulia? Layakkah kita saudara saudarI? Layakkah? Allahu Akbar.
Semperna Maulidur Rasul ni. Mudah-mudahan kita berusaha sedaya upaya ikut peninggalan baginda , Sunnah & Al-Quran. Buktikan cinta kita kepada Rasullah s.a.w bukan sekadar kata, bukan omong kosong, bukan diamalkan sekejap2, tapi berterusan.. 
Allahuma Solli A'la saidina Muhammad. Ya Allah, Izinkan aku merindui kekasihmu :'(
Semoga Jumpa Lgi di entry akn datang. In sha Allah. Jaga diri , Jaga Iman. 

Assalamualaikum.

#Kisah2 ini diambil melalui sumber2 lain.
i don't own anything, this belong 2 rightful owner :)



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Don't Forget to Smile



Seseorang yang tersenyum itu tak semestinya dia sedang gembira @ Bahagia..
Mungkin ada kesedihan yang dia tidak mahu kongsikan ...
Hanya dia dengan Allah yang tahu..
Kita tak tahu , mungkin dia menangis sepanjang malam. Dan pada ke esokan paginya .., 
Dia tersenyum untuk membahagia orang2 sekelilingnya.. 
Allahu Akbar. :)




Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Secebis Kisah

Alhamdulillah.. walaupun beberapa bulan sudah berlalu.., namun ingatanku terhadap pengalaman pertama aku menjejakakn kaki ke bumi menara gading masih segar.. Seawal pagi dah bertolak, aku di antara orang terawal tiba. Ayah dan ibuku begitu bersemangat. Rupanya2 begini rasanya menjejakakan kaki di menara gading. Pelbagai ragam mansusia dapat ku lihat di sini. Ada yang menghantar anak2 mereka dengan kereta mewah, ada yang kereta biasa, ada yang datang dengan teksi dan ada juga yang ku lihat berjalan selepas turun dari bas. Namun hasrat kami semua ke sini adalah satu, mahu menuntut ilmu Allah yang luas ni. Demi ilmu kami akan terus mengembara kerana dalam menuju ke alam sana ilmu dunia & akhirat mestilah seimbang, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w : 
    
              " Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)


Aku hanya datang dengan kereta ayahku yang biasa saja. Alhamdulillah impian ayahndaku untuk melihat aku belajar di sini tercapai. Alhamdulillah bersyukurku ke hadrat Allah yang esa.., Aku amat berbangga dengan ayahku dan aku berbangga aku anak seorang penoreh getah. Aku dapat bayangkan jerih perih ayahku dalam mencari rezeki untuk kami sekeluarga.., mungkin tak semua orang merasakan pengalaman seperti ini. Hanya anak kampung yang faham perasaan ini, di saat orang lain selesa bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin, ayah mencari rezeki di bawah terik matahari yang panas. Ya memang panas.  Ayah, ku berjanji akan belajar bersungguh2 dan takkan ku persiakan harapan ayah terhadapku. Ayah tak perlu bekerja di bawah terik matahari lagi selepas ini. Segala usaha akan kupertaruhkan dan meneruskan jihadku di sini, dengan iringan doamu.. Terima kasih ayah, atas didikan ini, walaupun kita dari keluarga biasa sahaja , tapi ayah beri kami didikan yang secukupnya, tentang pentingnya Ilmu dunia , ilmu akhirat supaya seimbang. Ayah beri kami didikan agama yang kuat dalam diri ini. Ku berjanji ayah apa yang ku lakukan akan ku ingat pesanmu : "Redha Allah lagi penting, setiap apa yang kita lakukan pastikan baik di sisi Allah, kalau perkara itu hanya boleh membahagiakan kamu buat sementra.. lupakan saja..." In sha Allah , akan ingat.. Semoga Allah melindungi Ayah & Mak sekeluarga :) I Love my Dad & Mom


    

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com