Salam Imtihan :)

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat tercinta sekalian, semoga dalam lindungan Allah swt selalu. Rasanya sejak di semester 2 ni ini lah kali pertama saya menjengah blog ni. Maaf ye sahabat sekali, saya sedikit sibuk sejak akhir2 ini tapi Alhamdulillah masih dalam kawalan. Alhamdulillah, InsyaAllah . cuti semester nanti kita berblog puas2. hehe inshaAllah.
               Sudah masuk bulan Jun ni, ramai sahabat2 sy yg sibuk untuk menghadapi Final examination, dan ada yg dah mula dan tamat. Selamat berjuang ye sahabat2, bg diri sy minggu hadapan adalah minggu paling sibuk, sebab minggu terakhir yg sibuk dengan quiz dan test sebelum berlangsungnya Final pada 27 Jun 2013 InsyaAllah. Semoga dalam minggu terakhir ini kita tidaklah terlalu stress, insya Allah dengan sedikt ilmu yg sy tahu pinjaman dr Allah ini marilah kita sama2 membaca2 tips2 saat akhir dalam menempuh peperiksaan.
Firstly, bagi saya, untuk study last minute ni, kita kena banyak buat soalan exam tahun2 lepas . Sambil kita buat soalan tu dalam masa yang sama kita pun membaca . Baca nota pun boleh jugak, tapi nota2 ringkas yg kita buat sendiri la. Kalau nak baca buku yang tebal 2 utk last minute 2. Wallhualam la. ;)
    Penguurusan masa yg bijak juga sgt penting, kita tak boleh la fokus pada satu2 subjek je. Kita kena bijak membahagikan masa utk belajar dengan seimbang, kalau rasa kurang kefahaman, boleh tanya kawan2 yg tahu ataupun yg terbaik rujuk pada pensyarah itu terus.
    Cara lain , kurang kan tidur, apa kata berkorban skit boleh kan? hehe bukan tak tidur langsung, rehat 2 perlu tapi jangan berlebihan kebanyakan kita lebih layan masa tidur daripada belajarkan, tapi ingat jangan sampai masa rehat kita terabai nanti akan menggangu pula kita semasa menjawab peperiksaan.
        Saya rasa setakat ni je perkara yg selalu buat ketika menjelang peperiksaan. Kalau nak yg lebih lanjut 2 boleh rujuk kat pakar2 motivasi ataupun para kaunseling , mereka lebih arif mengenai bab2 ini :)

Sekian, selamat menghadapi peperiksaan akhir buat sahabat2 , Ingat tinggi mana pun kita ini semua pinjaman dari Allah swt, jangan sesekali kita riak sebab bila2 pun Allah boleh tarik semua ni dari kita. Wallahu Allam. Jga Iman , Jaga solat , Jaga Diri. Selamat Berjuang. Study Kerana Allah, bukan kerana Exam.

:UiTM di Hatiku

 Man Jadda Wa Jadda




Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com