Hari Nakbah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ceria..., semoga sentiasa berada dalam RahmatNYA.., InsyaAllah.., Amin.., Apa khabar hari ni? semoga sihat selalu :) Hari ini sy nak share tentang Hari Nakbah.., Pernah dengar x.? mesti ade yg pernah dengar. Ok sy terangkan sikit, apa yg sy tahu ok :)
Hari Nakbah (15 mei) ni adalah hari yg diperingati oleh rakyat Palestine, orang Arab dan seluruh pejuang islam sejak tahun 1948, di mana hari ini sebagai hari rakyat Palestine dihalau beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Itulah serba sedikit tentang hari Nakbah yg saya tahu. nak tahu lebih lanjut try search kat Mr. Wikipedia :). 
Sehubungan dengan itu, kalau kita tengok kat FB, ramai yg tukar DP. Hal ini untuk menyokong banduan-banduan Palestine yang mogok lapar lebih 50 hari dalam penjara. Allahu akbar..Semoga Allah melindungi saudara kita di sana. Amin ya rabbal Alamin., Dikatakan juga mogok Lapar ini terbesr dalam sejarah. Subhanallah.Sy nak ulas panjang2 pun sy tak berapa tahu pasal ni. Alhamdulillah ni je perkongsian yg sy dpt kongsi buat sahabt semua. Apa yg paling penting Jum sama2 kita berdoa agar ALLAH SWT melindungi saudara kita di Palestine serta seluruh saudara kita di mana jua mereka Berada. :)
Wallahu Allam. Jumpa lagi Di coretan akn dtg InsyaAllah. May ALLAH Save Muslims and Muslimat. AMeen..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Kesihatan


Assalamualaikum.. Apa khabar semua? semoga sentiasa di bawah Rahmat Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik. Bagi yang tak sihat 2..., makan ubat ea. Rasenye lama sgt tak update blog ni.,  kesibukan sikit haha... So, hari ni saya nak bercakap pasal Kesihatan dan kita, eceh macam dokter la pulak, al-maklumlah nk jadi betul2 xlayak. so, apa yang nak disampaikan ni pendapat saya secara umum jela. Tentang kepentingan Penjagaan kesihatan untuk diri kita ni. Kesihatan yang baik dapat memberikan kita keselesaan untuk menjalani aktiviti seharian, betul x? kalau kita tak sihat mesti rasa malas kn nak buat kerja atau apa pun, nak tidur je kan.? :) hehe. Kadang2 sakit ni membawa Rahmat kepada kita, kenapa saya cakap cm 2 sebb
        Rasulullah s.a.w bersabda " Jika engkau bersabar engkau akan memperolehi syurga. Namun Jika engkau mahu sembuh aku akan berdoa agar Allah SWT menyembuhkan penyakitmu"
Melalui sabda Rasulullah saw jelas menunjukkan bahawa setiap panyakit yg diberikan kepada kita sebenarnya mengapuskan sedikit2 demi sedikit dosa kita. So sentiasa think positive kalu kita sakit 2 ok :)
       Kesihatan yang baik juga dpat membantu kita untuk meneruskan kita beribadah kepadaNYA. Oleh itu, kita mestilah mengambil makanan mengikut keperluan badan kita supaya sentiasa sihat. Rasulullah SAW , baginda amat menjaga pemakananya. Pesanan Baginda agar kita terhindar daripada sebarang penyakit apabila mengikuti Amalannya iaitu :
#Tidak minum susu bersama daging
#Tidak makan daging bersama ikan
#Tidak makan ikan bersama susu
#Tidak makan ayam bersama susu
#Tidak makan ikan bersama telur
#Tidak makan ikan bersama daun salad
#Tidak makan susu bersama cuka
#Tidak makan buah bersama susu

Jelas kn? lepas ni boleh la kita sedikit sebanyak cuba mengikuti pesanan Rasulullah SAW ni. insyaallah. Selain pemakanan seimbang, Dalam Al-quran juga kita diajar cara  menjaga kesihatan seperti.,
#Mandi pagi, iaitu sekurang2nya sejam sblum matahari terbit. Air sejuk yg meresap dpt mengurangkan penimbunan lemak
#Amalkan minum segelas air masak setiap pagi. Insya Allah terhindar dari penyakit.
#Waktu subuh merupakan waktu sesuai untuk kita bertafakur serta pnjagkan bacaan zikir.
#Sujud dpt megelakkan kita sakit kepala atau migrain. Hasil beberapa kajian oleh para Ilmuan.
#Menggunakan tangan kanan ketika makan dan menjilat jari apabila habis. Para saintis menemui bahawa enzim yg terkandung di celah jari iaitu 10 kali gnda terdapat air liur.

*sumber :Buku 100 pesanan terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki.

Wah hebatkan. Dalam Al-quran semua telah diceritakan. :) oleh itu.., penjagaan kesihatan bermula daripada makanan sihat. Lepas ni kita cuba amalkannya okey. ok lah reader ku sekalian.., sampai sini dulu rasenye coretan saya kali ini. InsyaAllah kita jumpa lagi di lain coretan. ok. Jaga diri , Jaga Iman insyaAllah selamat Dunia Akhirat. Wallahu Allam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaruh =)



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Surat Untuk Calon Ibu Mertua Ku ♥

Asslamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.. 

Kehadapan Calon Ibu Mertua Ku.., 

Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini..
izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai calon ibu mertuaku,
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…

Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia
Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya

Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….

Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu,

.Engkau tak perlu khuatir ibu,…
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu,…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu,….
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya…
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,..
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu

Duhai, Calon ibu mertuaku….
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu….
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….
Sekian.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. =)




I do not own anything.,

This belong to rightful owner.
WallahuAllam..

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Buat Calon Imamku ♥

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Duhai calon pemilik tulang rusukku
Aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.
Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.

Duhai calon imam dalam solatku
Aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin” dari lisanku.
Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.

Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh..
Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.

Duhai calon pengusap air mataku
Sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.

Duhai calon ayah dari para mujahi-mujahidah kita
Aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanammkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan ijab darimu..
InsyaAllah,sedia menanti di sini..
Ketika diri ini tiba-tiba merindukanmu wahai calon imamku




I do not own anything.,
This belong to rightful owner.
WallahuAllam..




Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

♥ Muslimah Sejati ♥

"Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak,, Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.

SUBHANALLAH ♥


=)




Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com