Israk & Mikraj


Mafhum firman Allah S.W.T.
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1)



Fasa Israk Mikraj  :

1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Rasulullah s.a.w dicatatkan dalam Al-Quran Surah Al-Isra' ayat 1 yg bermaksud :
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
The Most Amazing things is This Happen only in One Night. Subhanallah!





Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Favroite Quotes .


Jika kamu memancing ikan...

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')















#i Don't own this , this belong to Rightful  owner :)
Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

‘Jarak ini menjaga aku dan dia’




“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[Ali 'Imran, 3:14]


Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin bila tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.


Alhmdulillah terima kasih Ya Allah =)



#This belong to the rightful owner 

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Hari Nakbah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ceria..., semoga sentiasa berada dalam RahmatNYA.., InsyaAllah.., Amin.., Apa khabar hari ni? semoga sihat selalu :) Hari ini sy nak share tentang Hari Nakbah.., Pernah dengar x.? mesti ade yg pernah dengar. Ok sy terangkan sikit, apa yg sy tahu ok :)
Hari Nakbah (15 mei) ni adalah hari yg diperingati oleh rakyat Palestine, orang Arab dan seluruh pejuang islam sejak tahun 1948, di mana hari ini sebagai hari rakyat Palestine dihalau beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Itulah serba sedikit tentang hari Nakbah yg saya tahu. nak tahu lebih lanjut try search kat Mr. Wikipedia :). 
Sehubungan dengan itu, kalau kita tengok kat FB, ramai yg tukar DP. Hal ini untuk menyokong banduan-banduan Palestine yang mogok lapar lebih 50 hari dalam penjara. Allahu akbar..Semoga Allah melindungi saudara kita di sana. Amin ya rabbal Alamin., Dikatakan juga mogok Lapar ini terbesr dalam sejarah. Subhanallah.Sy nak ulas panjang2 pun sy tak berapa tahu pasal ni. Alhamdulillah ni je perkongsian yg sy dpt kongsi buat sahabt semua. Apa yg paling penting Jum sama2 kita berdoa agar ALLAH SWT melindungi saudara kita di Palestine serta seluruh saudara kita di mana jua mereka Berada. :)
Wallahu Allam. Jumpa lagi Di coretan akn dtg InsyaAllah. May ALLAH Save Muslims and Muslimat. AMeen..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Kesihatan


Assalamualaikum.. Apa khabar semua? semoga sentiasa di bawah Rahmat Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik. Bagi yang tak sihat 2..., makan ubat ea. Rasenye lama sgt tak update blog ni.,  kesibukan sikit haha... So, hari ni saya nak bercakap pasal Kesihatan dan kita, eceh macam dokter la pulak, al-maklumlah nk jadi betul2 xlayak. so, apa yang nak disampaikan ni pendapat saya secara umum jela. Tentang kepentingan Penjagaan kesihatan untuk diri kita ni. Kesihatan yang baik dapat memberikan kita keselesaan untuk menjalani aktiviti seharian, betul x? kalau kita tak sihat mesti rasa malas kn nak buat kerja atau apa pun, nak tidur je kan.? :) hehe. Kadang2 sakit ni membawa Rahmat kepada kita, kenapa saya cakap cm 2 sebb
        Rasulullah s.a.w bersabda " Jika engkau bersabar engkau akan memperolehi syurga. Namun Jika engkau mahu sembuh aku akan berdoa agar Allah SWT menyembuhkan penyakitmu"
Melalui sabda Rasulullah saw jelas menunjukkan bahawa setiap panyakit yg diberikan kepada kita sebenarnya mengapuskan sedikit2 demi sedikit dosa kita. So sentiasa think positive kalu kita sakit 2 ok :)
       Kesihatan yang baik juga dpat membantu kita untuk meneruskan kita beribadah kepadaNYA. Oleh itu, kita mestilah mengambil makanan mengikut keperluan badan kita supaya sentiasa sihat. Rasulullah SAW , baginda amat menjaga pemakananya. Pesanan Baginda agar kita terhindar daripada sebarang penyakit apabila mengikuti Amalannya iaitu :
#Tidak minum susu bersama daging
#Tidak makan daging bersama ikan
#Tidak makan ikan bersama susu
#Tidak makan ayam bersama susu
#Tidak makan ikan bersama telur
#Tidak makan ikan bersama daun salad
#Tidak makan susu bersama cuka
#Tidak makan buah bersama susu

Jelas kn? lepas ni boleh la kita sedikit sebanyak cuba mengikuti pesanan Rasulullah SAW ni. insyaallah. Selain pemakanan seimbang, Dalam Al-quran juga kita diajar cara  menjaga kesihatan seperti.,
#Mandi pagi, iaitu sekurang2nya sejam sblum matahari terbit. Air sejuk yg meresap dpt mengurangkan penimbunan lemak
#Amalkan minum segelas air masak setiap pagi. Insya Allah terhindar dari penyakit.
#Waktu subuh merupakan waktu sesuai untuk kita bertafakur serta pnjagkan bacaan zikir.
#Sujud dpt megelakkan kita sakit kepala atau migrain. Hasil beberapa kajian oleh para Ilmuan.
#Menggunakan tangan kanan ketika makan dan menjilat jari apabila habis. Para saintis menemui bahawa enzim yg terkandung di celah jari iaitu 10 kali gnda terdapat air liur.

*sumber :Buku 100 pesanan terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki.

Wah hebatkan. Dalam Al-quran semua telah diceritakan. :) oleh itu.., penjagaan kesihatan bermula daripada makanan sihat. Lepas ni kita cuba amalkannya okey. ok lah reader ku sekalian.., sampai sini dulu rasenye coretan saya kali ini. InsyaAllah kita jumpa lagi di lain coretan. ok. Jaga diri , Jaga Iman insyaAllah selamat Dunia Akhirat. Wallahu Allam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaruh =)



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com