Syukur.., Alhamdulillah ^^


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatatuh. Semoga sentiasa dalam Lindungan Allah swt. InsyaAllah ^^. Apa khabar semua? Lama xupdate kan? hehe. bz sikit.., Alhamdulillah 1 september hari 2 dah selesai mendaftar sebagai Pelajar UiTM kampus seri Iskandar. Alahamdulillah dapat yg dekat2 je. nak bagi sy balik selalu la 2 :P hehe. Alhamdulillah doa ibu ayah termakbul nak tengok sy masuk "University" sebagai pelajar.., tempoh pengajian sy 3 tahun = 6 semester dalam Kos Ijazah sarjana muda pengurusan sistem pejabat.., kos yg sy dapat nii xdelah se"gah" kos2 lain.. tp alhamdulillah sy bersyukur sgt. Mungkin Allah dah tetapkan rezeki 2 untuk sy .  kat sini dpat kawan2 baru , ad yg satu kos ad yg x., best sgt, firstly, ditinggalkan mak ayah memang sedih.., sebab sepanjg 20 tahun , ni first time sy berpisah ngan family lama2 (mengade kn ? :P ) Alhamdulillah roomate sy semuanya baik2 belaka , kwn2 baru pun ^^. Alhamdulillah.. Bersyukur dengan apa yg kita ada..., yup kita berhak untuk terfikir mendapatkan yg "lebih baik" namun.., renungkan2 diri kita dahulu sebelum kita berfikir cm 2. Kunci dia.., bersyukurlah dengan apa yg ada ;). sy syg UiTM di hatiku. hehe ^^. 






  Alhamdulillah, baru2 ni jugak.., 15 september hari 2 genap umur sy 20 tahun. Alhamdulillah Allah masih lgi memberi peluang kepada saya untuk meneruskan tanggungjawab sy sebagai HambaNYA.

Ya Allah, Semoga Pertambahan Usiaku,
Seiring dengan Pertambahan Amalku,
Seiring dengan Peningkatan Taqwaku,
Seiring dengan Peningkatan prestasi & kualiti ibadahku,
Semoga ada Berkat dalam setiap perbuatanku.
Amin Ya Rabbal Alamin..

Semoga pertambahan usia ni.., akan menjadikan sy seorang Hamba yang taat kpdNYA.., meningkatkan kualiliti ibadah sy.., jd seorng Anak yg solehah.., berjaya dalam pelajaran dunia  & akhirat.., dapat membalas jasa kedua ibubapa sy.. serta dapat menunaikan haji suatu hari nanti . InsyaAllah.., amin.., Semoga tahun hadapan sempat juga sy bertemu dgn 15 september :) aminn..  hehe. ok la sahabat2 sekalian, xthu dah nak tulis apa. semoga bertemu lg di coretan akan datang.. aminn Jaga diri, jaga iman.  



Assalamualaikum w.b.t ^^

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com