Secebis Kisah

Alhamdulillah.. walaupun beberapa bulan sudah berlalu.., namun ingatanku terhadap pengalaman pertama aku menjejakakn kaki ke bumi menara gading masih segar.. Seawal pagi dah bertolak, aku di antara orang terawal tiba. Ayah dan ibuku begitu bersemangat. Rupanya2 begini rasanya menjejakakan kaki di menara gading. Pelbagai ragam mansusia dapat ku lihat di sini. Ada yang menghantar anak2 mereka dengan kereta mewah, ada yang kereta biasa, ada yang datang dengan teksi dan ada juga yang ku lihat berjalan selepas turun dari bas. Namun hasrat kami semua ke sini adalah satu, mahu menuntut ilmu Allah yang luas ni. Demi ilmu kami akan terus mengembara kerana dalam menuju ke alam sana ilmu dunia & akhirat mestilah seimbang, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w : 
    
              " Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)


Aku hanya datang dengan kereta ayahku yang biasa saja. Alhamdulillah impian ayahndaku untuk melihat aku belajar di sini tercapai. Alhamdulillah bersyukurku ke hadrat Allah yang esa.., Aku amat berbangga dengan ayahku dan aku berbangga aku anak seorang penoreh getah. Aku dapat bayangkan jerih perih ayahku dalam mencari rezeki untuk kami sekeluarga.., mungkin tak semua orang merasakan pengalaman seperti ini. Hanya anak kampung yang faham perasaan ini, di saat orang lain selesa bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin, ayah mencari rezeki di bawah terik matahari yang panas. Ya memang panas.  Ayah, ku berjanji akan belajar bersungguh2 dan takkan ku persiakan harapan ayah terhadapku. Ayah tak perlu bekerja di bawah terik matahari lagi selepas ini. Segala usaha akan kupertaruhkan dan meneruskan jihadku di sini, dengan iringan doamu.. Terima kasih ayah, atas didikan ini, walaupun kita dari keluarga biasa sahaja , tapi ayah beri kami didikan yang secukupnya, tentang pentingnya Ilmu dunia , ilmu akhirat supaya seimbang. Ayah beri kami didikan agama yang kuat dalam diri ini. Ku berjanji ayah apa yang ku lakukan akan ku ingat pesanmu : "Redha Allah lagi penting, setiap apa yang kita lakukan pastikan baik di sisi Allah, kalau perkara itu hanya boleh membahagiakan kamu buat sementra.. lupakan saja..." In sha Allah , akan ingat.. Semoga Allah melindungi Ayah & Mak sekeluarga :) I Love my Dad & Mom


    

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com