Pakaian yang Menjaga Kita. Bagaimana?

Assalamualaikum warahmatullhi wabarakatuh :) semoga berada dalam keaadan yang sihat sejahtera dan sentiasa di payungi RahmatNYA . 


Hari ni , entry sy pasal cara berpakaian,( pakaian muslimah ok ^_^)  berpakaian pun ada cara ke? hehe, mestilah ada, tambahan pula bagi yang beragama islam, hmmm macamana ye? Dalam Islam , telah digariskan beberapa perkara yg perlu dipatuhi semasa berpakaian, baik kaum muslim mahupun kaum muslimah , telah ditetapakan garis panduan berpakaian. Terdapat banyak Hikmah jika kita berpakaian yang mengikut garis panduan islam, antaranya dapat Menjaga Maruah Diri, dapat mengelakkan diri dari gangguan dan pelbagai lagi, Sesuai dengan

Firman Allah swt dalam Al- Ahzab ayat 59 : 
    "Wahai Nabi!, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukminin, Hendaklah mereka menutupkan JILBABnya ke Seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha pengampun dan Maha Penyanyang." 

Melalui ayat tersebut kita dpat memahami dengan jelas perintah Allah swt . Banyak Hikmahnya jika kita mengikut garis panduan berpkaian dalam islam ni. Antaranya ialah
----> Memelihara maruah diri ketika keluar dari rumah dan berhadapan dengan masyarakat sekeliling, terutamanya lelaki ajnabi.
----> Pakaian yg sopan dapat menghindarkan diri muslimah daripada diganggu. 
----> Berperanan menggambarkan maruah diri dan identiti seseorang muslimah yang sentiasa terpelihara.

Cara-cara berpakaian Muslimah


                          






*Tudung.
Seterusnya tatacara pemakaian tudung/ shawl dsb. Tudung, wah skrang ni macam2 fesyen tudung kuar kan, belit2 sana hehe. best kan? Best memang best , nak belit cmna pun belit la ^^ tp harus mengikut tatacara pemaiakn tudung muslimah, sy teringat Ceramah Ustaz Don Daniayal yang saya dengar. Jo sama2 kita dengar Video ustaz Don Daniyal ni. semoga dpt Input2 yang boleh diamalkan n diperbetulkan :)









Contoh-contoh berpakaian yang selalu kita telepas pandang. 
Aikkk cmne 2? Maksudnye? kadang2 kita rasa macam kita dah menutup aurat dah, tp ada bahagian2 tertentu yang "tak sedap mata memandang". Contohnya macam ni :
---> Pakaian2 yang terlalu ketat hingga menampakkan garisan2 yang tak sepatutnya nampak. Paham kn?
---> Baju labuh, dah ok dah 2, tp pakai pulak ngan legging. Tahu kan legging 2 cm ne? Seluar ketat or legging menampakkan susuk kaki n peha. 
---> Baju yang berasal dari jenis bahan lycra. Selalunya ketat n boleh menampakkan susuk badan.
---> Baju pendek sangat, then bila duduk n tunduk sikit nampak benda2 yang xsepatutnya nampak. Malu >_<





Sekarang jelas kn? benda2 cmni kadang2 kita pandang ringan, padahal benda ni la kita kena jaga sebagai Muslimah, Makhota wanita ialah malu, bila hilang malu habis laa. Teringat pulak bait2 lagu "Puteriku sayang by Hijjaz " Malumu Makhkota yang tidak perlukan singgahsana tp ia berkuasa menjaga diri nama, tidak siapa yang akan boleh merampasnya melainkan kau sendiri yg pergi menyerah diri"
Oleh itu, sahabat sekalian, adik2 ingat. Maruah diri kena jaga kerana ianya SANGAT MAHAL. :)

Ingat! Biarlah, orang pandang kita tak cantik, bila pakai baju besar2, tudung labuh, sekurang2nya kita telah cuba sedaya upaya menjadi seorang hamba yang terbaik. Saya suka dengar satu bait ayat ni "UtamakanLah Pandangan Allah, Daripada Pandangan Manusia" buat, ape nak kesah orang ckap, lebih baik kesah kalau kita xikut panduan yang telah diberikan daripada Pencipta sekalian orang / manusia , Yakni Allah swt . kn? Kita hanya mampu berdoa supaya dibukakan hidayah agar mereka tergerak hati untuk bersama2 kita memperbaiki diri, sebagai pesediaan akhirat kelak . InsyaAllah :)

Akhir kata, sampai sini dulu entry kali ni, semoga kita sama2 dapat memperbaiki cara berpakaian kita ke arah lebih baik , InsyaAllah, Jaga Iman, Jaga Hati, Jumpa lagi pada entry akan datang. Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh ;)

#Thanks to google 4 the image ^^

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com