Salam Ramadhan.

Assalamualaikum warah matullahiwabarakatuh. Semoga Sentiasa berada di bawah LindungiNYA, Alhamdulillah, ramadhan tiba lg, syukur alhmdulillah, kerana sekali lagi kita dipertemukan dalam bulan yang mulia ini, Alhamdulillah, :) Bulan yang penuh berkat, rahmat, semoga Amalan kita bertambah dan diterima Allah ,semoga ramadhan yg tiba kali ini kita tidak mensia2kan begitu sahaja..,InsyaAllah  :D 
Terdapat banyak keistimewaan bulan Ramdhan, yg tiada dalam bulan2 islam yang lain. Nak tahu x? hehe kebanyakan dah tahu, tp takpe, sy terangkan juga , antara kelebihan bulan Ramadhan ialah, yg pertama

1. Turunnya Al-Quran.
~ Terdapat 2 pendapat mengenai diturunkan Al-quran ini kepada Rasulullah saw, yg pertama pada 17 ramadhan 13 tahun sblm hijrah, yg kedua pula kitab suci ini diwahyukan pada 21 ramadhan , 13 tahun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah , Namun begitu pendpat kedua lebih kuat, kerana Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul qadar. Al-quran merupakan kitab suci umat Islam yang memberi panduan dan petunjuk kepada umat islam ke jalan yg lurus.

2.Solat Tarawih.
~ Solat sunat pada bulan Ramadhan yang dilaksanakan di malam hari selepas menunaikan solat Isyak, ni pasti semua orang tahu kn? :) Solat Tarawih ni , dilakukan sepanjang Ramadhan , so apa tunggu lagi, setahun sekali je Ramadhan datang menjengah, jomla rebut peluang ni, Nabi Muhammad S.A.W pun melaksanakan solat sunat ni, kita perlu mencontohi dia kan? Sementara masih sihat ni, Jom2 ^^

3. Malam Lailatul Qadar
~Malam lailatul qadar, merupakan malam yang ditunggu2 umat islam , Malam yang dilimpahi keberkatan dan keistimewaan dan disebut , malam yang lebih baik dari seribu bulan, Malam ini di antara sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan . Rebutlah peluang ni dengan beriktikaf di Masjid, serta memperbanyakkan amalan termasuk membaca Al-Quran dan beribadat. Semoga bertemu Malam Lailatul Qadar ini ^^

Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah ra berkata; 
“Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, 
baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun 
beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri) 
isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4.Membayar Zakat Fitrah.
~Zakat Fitrah dikenakan pada setiap umat islam yang merdeka dan mampu. Tempoh pembayaran zakat fitrah adalah sepanjang Ramdhan  hingga sebelum terbenam matahari pada malam Aidilfitri. Zakat ini diwajibkan untuk membantu fakir miskin yang memerlukan dan  untuk mensyukuri nikmat yang diberikan Allah swt . Dengan membantu insan2 yang memerlukan , selain dituntut islam, kita juga akan mendapat ganjaran yang lebih besar daripada Alla swt.

5.Di Buka Pintu Syurga
~Pada bulan Ramadhan pintu2 syurga akan di buka, dan pintu Neraka ditutup, hal ini dapat dibuktikan
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.” (Bukhari & Muslim)

Oleh itu gunakanlah kesempatan untuk beribadah sebaik2nya dan bertaubat seikhlas hati bg menyucikan diri dari segala dosa2.


Semoga Ramadhan kali ini , kita dapat menggunakan peluang beribadah dengan sebaik2nya, berpuasa bukan sahaja menahan diri lapar dan dahaga, malahan  kita perlu mengawal diri dari melakukan maksiat seperti, bercakap bohong dan membuat perkara2 yg dilarang. Jika kita hanya berpuasa, namum masih melakukan perkara2 tersebut, tiada faedahnya kita berpuasa. Semoga Ibadah kita bertambah di bulan yg mulia ini, dan ibadah puasa kita diterima Allah SWT. InsyaAllah, ameen :)

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat Menunaikan ibadah puasa , dengan khusyuk dan tawaduk. Semoga kita semua mendapat redhanya. InsyaAllah ameen. Jaga Hati , Jaga Iman, semoga Allah Redha :)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^^

p/s : Bagi yg nk berdiet 2, boleh la amik peluang pada bulan ramadhan ni, cuma perlu pilih jenis makann yg sesuai , kuantiti makanan je ok. insyaAllah berat badan akn turun hehe :)








Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com