Sedekah


Semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu. Alhamdulillah masih diberikan peluang meneruskan kehidupan di bumi Allah S.W.T.

Sedekah.  Apa itu sedekah? Sejauh Manakah kita memahami maksud sedekah itu sendiri. Kebiasaannya, apa yang kita faham tentang sedekah itu sendiri adalah pemberian seseorang kepada seseorang yang lain dengan ikhlas. Selalunya apabila kita berbincang mengenai sedekah, apa yang kita bayangkan ialah pemberian wang ringgit. Jom kita luaskan konsep sedekah, sedekah tidak terhad hanya kepada wang ringgit sahaja, namun ia termasuklah pemberian barang, kenduri, perkongsian ilmu dan sebagainya yang kita beri secara IKHLAS. Dan sedekah yang paling mudah dan mampu milik oleh semua manusia ialah pemberian senyuman dan salam kepada orang lain. Itu sedekah yang paling mudah untuk diberikan. Tak susah kan kalau kita nak bersedekah? Tak semestinya dengan wang ringgit sahaja.

Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki kurniaan dari Allah s.w.t , rezeki setiap umat manusia adalah berbeza-beza. Oleh sebab itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, kerana Allah maha mengetahui dengan aturan terhadap setiap umatnya. Bila kita lihat orang kaya, janganlah dibandingkan kita dengan dia. Rezeki kita dengan dia berbeza. Ada sesetengah orang , Allah mengurniakan dia rezeki yang melimpah-ruah, namun ada sahaja ujian yang diberikan kepadanya, contohnya mengalami masalah kesihatan. Kita hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. Sentiasa lah berdoa agar Allah mencukupkan rezeki kepada kita. Ada orang gaji dia banyak, tapi masih lagi tidak cukup. Ada orang gaji dia sederhana sahaja, namun masih cukup. Alhamdulillah dengan segala rezeki yang dikurniakan Allah.

Bagi saya, kekayaan juga merupakan salah satu ujian dari Allah s.w.t. Hal ini kerana, Allah nak menguji kita adakah kita sudi membantu golongan yang memerlukan, seperti warga miskin dan kurang berkemampuan. Ada sesetengah manusia riak dengan harta yang di milikinya sehinggakan terlupa untuk membantu golongan miskin dan memerlukan dan yang paling penting untuk membayar zakat. Subhanallah. Adakalanya manusia leka dan terlupa saat kita senang. Moh kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita dijauhkan sifat sedemikian. Aminn.  

Kebanyakkan daripada kita memikirkan balasan setelah kita bersedekah  ataupun dengan erti kata lain , mengharapkan balasan setelah bersedekah.  Allahu Allah. Moga kita semua dijauhkan dariapada sifat tersebut dan sama-samalah kita segera bertaubat kepadaNYA..  Sedekah itu seperti kita memberi kepada orang yamg memerlukan tanpa balasan dengan ikhlas. Ia seperti kisah seorang tua yang menanam pokok durian. Seperti mana yang kita tahu, durian memerlukan masa beberapa tahun untuk membuahkan hasil. Namun, si tua ini tetap menanam pokok durian tersebut untuk anak cucunya merasa hasil tanamannya. 

Ikhlaskan hati kita bersedekah kerana Allah s.w.t, semoga dengan niat kita kerana Allah, Allah akan memberi kebaikan dengan pelbagai bentuk. InshaAllah.., amin. Balasan mungkin tidak setanding dengan apa yang kita namun amat diperlukan oleh kita..  Moga dengan setiap pemberian kita akan terpalit kesan yang baik-baik. InshaAllah.. bak kata pepatah, "Tangan memberi lebih baik daripada menerima" Hal ini jelas menunjukkan bahawa jika kita sentiasa bersedekah akan ada kebaikan yang sentiasa bersama kita. 

Ayuh, mulai hari ini jom kita bersama-sama mengamalkan sedekah. Ehh, ingat bukan hanya dengan wang ringgit sahaja. Bukan semua orang berkemampuan memberi sedekah wang ringgit. Kita mulakan dengan sedekah yang mampu dimiliki semua . Ya! Senyuman dan salam. Sedekah yang tidak memerlukan modal. Semoga dengan amalan kita yang sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Jom kumpul pahala.

Akhir kata, senyum, kerana dengan sebuah senyuman dapat mengubah dan positifkan hari kita dan orang-orang sekeliling kita. Aminnn... InshaAllah. Jumpa lagi di entry akan datang. InshaAllah.

Jaga iman. Jaga diri :) dan senyum selalu hehe











-kredit : GenQ vol 03.
            Solusi isu 54
           Al-Islam bil 479



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com