IT’S my Jubah Day !


Alhamdulillah. Its my Hari Jubah! yay! Finally the day has comes! My graduation day. Alhamdulilah. Sorry for the lateness sharing the most happiest moment in my life. Walaupun kita tak kerja tetap lagi. Kita bukan stay at home bergoyang kaki k. hehe. Just Kidding.

28 April 2016 the date that I will never forget dor the rest of my life inshaAllah. After struggling in almost three years in Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar.  Alhamdulillah 28 april hari tu kita dah konvo! Yeay!.  Dah lama tunggu taw hari nak konvo ni. Of course kay, Im unofficially end my study on July 2015 so I though my convocation day will be held at November 2015. But, I got a news that the convocation postponed until next year.  Sedih masa tu. Yela sbb kita tak pernah konvo kan . So excited lebih la. Hehe. Walaupun postponed tapi excited tu kekal sampai hari konvo taw. Neves dia sampai atas pentas nak terima skrol tu. Sbb takut jatuh laa macam-macam fikir. Tapi bila tengok wajah pro- chancellor UiTM tu senyum jee. Terus lega .Alhamdulillah.

Masa mula-mula tahu tarikh dan tempat konvo tu. Sedih jugak sebab ingatkan konvo kat tempat sendiri (UiTM SI) tapi tak , kene konvo kat Shah Alam. Tapi pikir2 takpelah dapat jugak berjalan tempat orang kan. Mula-mula tu fikir jugak nak pergi sana dengan siapa nak tinggal kat mana. Peningkan sebabnya ayah kita tak pakar sangat jalan bandar-bandar besar ni. Mula-mula rasa malas je nak pegi konvo sebab tak nak menyusahkan siapa-siapa pun. Jubah pun tak tahu sapa nak amikkan  and kita teringant kawan kita kat gerik Su, Alhamdulillah su, tolong amikkan jubah kita. Thanks suhaila comey. Hehe . Tetiba mak kita teringat apa kata try ajak Pak Lang kita yang tinggal kat SI tu. Alhamdulillah , urusan yang baik dengan niat yang baik Allah selalu permudahkan. Last-last pergi dengan pak lang , mak lang, mak ayah kita and tinggal dekat rumah anak sulung dia. Alhamdulillah best sangat duk sana selesa. Kita pergi awal sehari. Kiranya masa sampai sana tu 27 april la. Esoknya tu kita konvo. Hehe

Alhamdulillah masa 28 april tu kita excited bangun awal hehe. Pertama sekali nak sujud syukur kat Allah s.w.t. sebab dengan rezki tu kita dapat sambung study. To be honest, kita ni bukan dalam kalangan pelajar pintar kat sekolah dlu. Belajar pun main-main. Masa dapat result SPM dlu kecewa sangat sbb rasa diri teruk main-main masa belajar. Sehari jgk nangis huhu. Tpi mak cakap, rezeki setakat tu je masa SPM, apa kata masuk form 6 and try the best untuk masuk universiti. Dan alhamdulillah berkat doa mak ayah kita berjaya grad.  Okay, berbalik cerita konvo hehe. Pagi tu kak nita , anak ketiga pak lang hantarkan kami sampai ke DATC ,UiTM Shah Alam. Wahh macam vip kan sebab sepatutnya kena naik Bas masuk dalam tu. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan lagi. Sampai-sampai jumpa sahabat2 kita masa kat sana.. happy sangat lama tak jumpa.

Around one pm kami pun ready la pakai jubah semua and beratur ikut giliran hehe. Best sangat. Masa masuk dalam dewan tu ya Allah happy sangat sebab nanti mak ayah kita tengok kita terima skrol tu . Gambar kita masuk dalam skrin gituww hehe.  Alhamdulillah. Terima kasih Allah beri hamba rasa hari yang hamba inginkan sejak dari sekolah rendah.

Terima kasih yang menyokong saya sepanjang perjalanan Ijazah sarjana Muda ni. Terima kasih mak ayah yang sentiasa doakan yang terbaik buat saya, menyokong saya selama ni Terima kasih keluarga adik-beradik yang menyokong .Terima kasih cikgu tadika , sekolah rendah , menengah sampai pensyarah universiti. Terima kasih sahabat-sahabat dr sekolah, terima kasih mimi, wani , asiah , adibah , farah sebab sepanjang degree ni kalian la penguat semangat kita ,sahabat jatuh bangun kita. Banyak pengalaman kita lalui bersama. Terima kasih rakan sekelas, se course , se fakulti and se university. Jangan lupa kami.. Terima kasih awk sebab selalu ada dengan saya time down, sorry jugak kadang2 stress pasal assignments lepas kat awak.  Sorry dear. Huhu . May Allah easy you in your Final year. Do your best <3

Lastly, terima kasih yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya.

Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua Amin.. J

Pesan akak buat adik-adik.  Belajarlah sungguh-sungguh kalau nak rasa excited yg akak rasa ni. Ingat Rezeki Allah bagi. Jangan mudah putus asa. Nawaitu belajar sebab nak tingkatkan ilmu bukan sebab nak kerja bangus. inshaAllah Allah akan permudahkan kalian.
Jaga diri semua.

Assalamualaikum. J

Meh sis belanja gamba konvo hehe

Mereka-mereka ini lah yang selalu bersama saya susah dan senang. Love all of you <3

                                                   moh kome selfie sebelum masuk dewan hehe




tak sempat nak bergamba sesama sebb masa tu hujan lebat and semua rush nak balik.. takpe kita edit. <3 sayang sume. take care dear

Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com