MUNAJAT SEORANG HAMBA

Wahai Allah.,
Wahai Zat yang Maha Agung Kemuliaannya..,
Dan sentiasa memiliki ketinggian
Wahai penguasa khazanah yang tidak akan kehabisan.,
Dan pencipta arasyMu yang agung
Wahai yang memiliki sifat yang sempurna
Dan yang menunaikan segala permintaan
Jika kau mengkehendaki,
Maka dengan sekelip mata pun
Kau boleh mendatangkan taufan yang mana lautan pun
Malu melihatnya
Dan jika kau mengkehendaki..,
Seluruh makhluk ini
Kau boleh menempatkan dengan tempat yang sebesar zarah
Dengan ucapan “KUN”
Sesuatu yang tiada.., di KAU boleh wujudkan
BagiMU tiada satu pun pekerjaan yang sukar Ya Allah
Wahai Allah
Bersihkanlah dan hapuskanlah kekotoran zahir dan batin kami
Dengan kesempurnaan dan keampunanMu
Dan lautan keampunanMu Ya Allah
Kurniakanlah kami dengan pakaian zuhud dan taqwa
Megkhidmati makhluk dan menuruti sunnahmu
Dengan bersih dan nyata
Jadikanlah maksud kehidupan kami untuk meninggikan dan mengagungkan
Agama Muhammad S.A.W
Jadikanlah kami sebagai mentari Ilmu
Kau jadikanlah amalan-amalan dan kebaikan kami sempurna
Yang menjadi sumber hidayah kepada kami
Dan orang-orang yang bertaqwa juga akan memilih jalan amalan soleh
Demi sinar kecemerlangan
Dan jadikanlah kami
Seumpama mata air yang mengairi taman islam
Di musim gugur sehinggalah hari kiamat
Wahai tuhan semesta alam,
Dalam kehidupan yang sesingkat ini
Ambillah kerja-kerja dari kami perkara yang perlu dikerjakan di sini
Dan pelihara kami Ya Allah
Dari perkara-perkara yang  tidak perlu dikerjakan di sini
Bagi hari-hari dalam kehidupan kami…
Yang mana kam telah laluinya
Dengan lalai dan leka
Jadikanlah sesuatu yang dapat mengganti kerugianya wahai Allah..
Kurniakanlah kami dengan kecintaan dan iman
Dan hiaskanlah ia dalam hati kami
Campakkanlah rasa takut dalam hati kami
Terhadap kekufuran ya Allah
Terhadap dosa dan terhadap derhaka
Dan jadikanlah kami orang-orang yang memperolehi hidayah
Dan hamba-hamba yang bersyukur Ya Allah
Supaya ketika waktu kami mati dan di dalam kubur, dan di hari kiamat nanti
Kami bersuka cita dan gembira
Dan Janatul Firdaus jadi tempat kami        
Ya Allah
Wahai Allah
Jadikanlah kami sebagai gunung ilmu dan ahmad..
Yang mana di hadapan taufan kekufuran dan kesyirikan pun tidak akan dapat meruntuhkanya
Dan ianya menjadi pukulan bagi menghapuskan segala bida’ah Ya Allah
Dan ambilah dari kami sebarang khidmat untuk membantu agama Muhammad
Yang akan menjadi sedekah yang berterusan
Dan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat Ya Allah
Wahai Allah
Daku bukanlah ahli Jannatul FirdausMu
Dan tiadalah kekuatanku mengatasi api nerakaMu..Ya Allah
Maka berikanlah daku taufik untuk bertaubat dan ampunkalah dosa –dosaku Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Kerana sesungguhya diKAU
Adalah pengampun dosa-dosa yang besar
YA ALLAH
YA ALLAH
YA ALLAH..




Renungan Bersama. :)

Take from Doa Munajat By Akhil hayy :)
I do not own anything.,
This belong to rightful owner.



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com