Nilai Setitis Air Mata.

Assalamualaikum..., hai sahabat semua. semoga dalam keadaan sihat dan ceria di bawah rahmatNYA. Hari ni saya nak berkongsi ilmu yang baru saya perolehi tentang Jenis-jenis Air Mata. Menurut Ibnu Qayyim. Ada 10 jenis tangis iaitu :

a) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
b) Menangis kerana rasa takut.
c) Menangis kerana cinta.
d) Menangis kerana gembira.
e) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
f) Menangis kerana terlalu sedih.
g) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
h)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
i) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
k) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Saya  percaya semua manusia pernah menangis kan?.. takkan lah tak pernah menangis kn. dlm diri kita mesti ada sifat penyanyang, namun begitu pernah tak kita terfikir sebab apa yang membuatkan kita sedih 2. hmmm kadang2 manusia pernah buat kesalahan, kemudian timbul penyesalan dalam diri mereka. sesungguhnya tangisan taubat adalah yang paling baik sebab ALLAH menyedarkan kita dengan kesalahan yang pernah kita buat dan beri peluang kepada kita untuk bertaubat padaNYA. Syukur Alhamdulillah.., sebab ALLAH bagi kita peluang 2. sebab ada jugak manusia tak sempat bertaubat dah "pergi" meninggalkan dunia. Mungkin ada hkmah disebalik kejadian yang pernah berlaku kan? Wallahualam.  Semoga tangisan yang kita tangis 2 dapat memberi manfaat kepada kita  ye sahabat sekalian. Menurut sabda Rasullullah :
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di 
waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga 
pasukan fi sabillah di waktu malam." 
Subhanallah. Cuba kita renungkan diri kita. hmm tak pernah sedar Nikmat yang ALLAH kurniakan kat kita. Astghfirullahalazim. Semoga kita semua menjadi hamba yang bertaqwa dan beriman serta lebih baik daripada diri kita yang dulu. Kita kena ingat bahawa pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang mahu MENUJU JALANNYA. Insyaallah.
Semoga Tangisan kita selepas ini lebih bermakna.., sesungguhnya tangisan keinsafan kita kepada ALLAH adalah tangisan yang paling baik. Hal ini kerana , setiap air mata yang gugur disebabkan menyedari kesalahn kita. Maka tangisan kita tersebut akan menghapuskan dosa-dosa kita.
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka 
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering." 
wallahualam.

ok lah sahabatku sekalian,, setakat ni dulu coretan saya pada kali ini. Moga kita sentiasa dipayungi rahmatnya dan berada di bawah lindungannya. Insyaallah. Amin. Saya baru blajar, kalau salah tolong tunjukkan. Syukran. Assalamualaikum . :)

(Riwayat dari Salman al Faarisi) 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki 
mu."

Wallahualam.



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com