REZEKI.

Assalamualaikum. semoga kawan2 berada dlm keadaan yg sihat sentiasa dipayungi rahmatnya,, insyaallah. Amin. semoga kawan2 tabah dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh berliku dalam mengharap Redhanya. insyaallah. Hmm hari ni rsanya nak kongsi sikit pendapat mengenai REZEKI. Maaf mungkin ade sedikit kekurangan, maklumlah sy budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan :). kalau kita nak cakap pasal rezeki,, terlalu luas. kn.. rezeki dapat ditakrifakn sebagai sesuatu yang diperlukan dalam hidup, menurut kamus pelajar :). Rezeki pulak boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk, kadang2 dalam bentuk, makanan, wang, kejayaan dan sebagainya, syukur kepada ALLAH. :). Sebagai hambanya, kita patut bersyukur dengan apa yang ALLAH anugerahkan kepada kita pada hari tersebut, contohnya.., rezeki kita tersebut pada hari tersebut hanya Roti, kita patut syukur,, mungkin ada antara org lain langsung tidak menjamah sedikitpun makanan.. Then, kalau makanan pada hari tersebut berlebihan2 pula. jgn la kita buang sesuka hati. Sekurang2nya simpan la, mungkin ada orang lain nak makan jugak kan. hmm kalau kita bayangkan kita kat negara bergolak ataupun negara yang terlibat dalam peperangan , kita mungkin susah nak dapat makanan kan. so , kita hendaklah sentiasa bayangkan kita dalam keadaan sebegitu supaya kita sentiasa berada dalam kalangan hambaNYA yang bersyukur. Amin insyaallah. Kalau rezeki dalam bentuk kejayaan pulak, seperti cemerlang dalam peperiksaan. hmm ckp sal peperiksaan ni tringat lak result STPM cm dah dekat je nak kuar. huhu.. takot ni.. insyaallah. dah usaha+doa+tawakal. sy dah usahakan yg terbaik. sy tahu ALLAH mendengar doa sy n my parents :) kawan2 pun doakan sy boleh? hehe. berbalik pada topik hehe, kadang2 ALLAH anugrahkn kejayaan cemerlang dalam peperiksaan . kita mesti bersyukur,, semua orang ade rezeki masing2. kat mana pun kalu ALLAH dah tetapkan pasti itu yang terbaik buat kita. Insyaallah :). Kita cuma perlu meningati DIA. insyaallah DIA sentiasa mendengar apa yang hamba2NYA mohon padanya. Subhanallah. hmm.. even kadang2 kita lupa padaNYA, namun pintu taubatnya sentiasa terbuka untuk hamba2nya. ALLAHUAKHBAR. sebagai hambanya.. kita mestilah sentiasa muhasabah diri agar kita tidak lupa suruhannya dan sentiasa menjauhi perkara yang dilarangnya. Insyaallah. semoga kita semua berada dibawah lindungannya. semoga ALLAH melindungi Malaysia kita daripada Malapetaka. Amin. Ok lah kwan2ku sekalian..,setakat ini dulu coretan saya kali ini. semoga kwn2 sentiasa sihat dan ceria. insyaallah. sy baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. sy amat menghargainya. Ini sekadar pendapat sy saja. Syukran Assalamualaikum :)



Mencari Cinta Sejati Mendamba Kasih Illahi

0 Comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved akunakmyvipink.blogspot.com